KDFC
KDFC
Kota Damansara Football Club (KDFC) ialah sebuah kelab bola sepak yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Nombor pendaftaran 7956/2015 yang berpusat di Kota Damansara, Selangor, Malaysia.
Ditubuhkan pada 17 April 1999. Kelab ini mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan dan liga bola sepak tempatan dengan matlamat mendorong minat bola sepak di peringkat akar umbi dan memberi peluang kepada bakat- bakat bola sepak dalam komuniti tempatan.
KDFC menjalani latihan pada setiap hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad (8 pagi - 11 pagi).
VISI
Fokus pada pembangunan anak muda tempatan dalam bola sepak untuk kanak-kanak seawal 4-5 tahun untuk meningkatkan minat, kemahiran dan kecekapan mereka terhadap bola sepak
Melibatkan komuniti setempat dalam aktiviti kelab. Ini termasuk mengadakan program bola sepak untuk kanak-kanak dan dewasa, serta menyokong projek dan program komuniti yang berkaitan dengan sukan.
Memastikan pemain tidak hanya berkembang dalam aspek fizikal, mental, emosi, disiplin, jati diri dan sosial mereka.
MISI
Membangunkan pasukan utama yang kuat untuk bersaing dalam liga-liga tempatan dan kebangsaan.
Membina atau meningkatkan kemudahan-kemudahan seperti padang bola sepak dan kemudahan latihan untuk kelab dan komuniti tempatan.
Mengendalikan kelab dengan cara yang profesional dan effektif dari segi pembangunan, tatakelola & kewangan.